
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan pengurangan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Johor kembali dilanda bencana alam itu akibat hujan lebat petang ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir menurun kepada 623 orang setakat 4 petang ini berbanding 882 pagi tadi dan daripada jumlah itu 621 ditempatkan di sembilan PPS di Tanah Merah, sementara dua lagi di PPS di Kuala Krai.
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9m.
Di Terengganu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa di Besut menurun kepada 238 orang setakat 4 petang, berbanding 651 orang pada 8 pagi tadi.
Sementara itu, semakan di Portal Public InfoBanjir mendapati paras air di Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu…