Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Johor Negeri Pertama Yang Tawar Gaji Premium Sebanyak RM4,000 & RM5,000 Untuk Pekerja

today6 November 2024

Background


Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan Majlis Pembangunan Bakat Johor dan Karnival Kerjaya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru pada Ahad lalu.

Katanya hasrat Johor itu akan dicapai dengan penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC).

Menerusi laporan Harian Metro, beliau berkata, penubuhan JTDC itu amat penting dalam memastikan tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat dibekalkan susulan penawaran sebanyak 100,000 pekerjaan berkemahiran tinggi yang bakal wujud di negeri ini.

Bercakap mengenai JTDC, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa penubuhan majlis itu bakal bertindak sebagai hab sehenti yang menghubungkan institusi TVET, industri dan pencari kerja.

Malah, JTDC menjadi pemangkin ke arah penyelarasan program latihan agar mengikut keperluan industri, sekali gus memastikan graduan TVET mendapat peluang pekerjaan berkualiti dan mempromosi pembangunan kemahiran berteknologi tinggi.

“Johor adalah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post