Hot FM

Johor negeri terbaru dilanda banjir


banjir
Beberapa sungai di daerah Tangkak dan Segamat, Johor dilaporkan berada pada paras waspada. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Johor menjadi negeri terbaru dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, petang tadi, menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani berkata, dua sungai di daerah Tangkak, iaitu Sungai Kesang di Telok Rimba dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma’amor, serta Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat berada pada paras waspada.

Sementara itu, sebanyak 250 orang mangsa masih berlindung di tujuh PPS di Terengganu setakat 8 malam tadi, berbanding 398 orang pada 8 pagi, lapor Bernama.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu (JPBNT), Marang menjadi daerah paling terjejas dengan 195 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di empat PPS, iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai, SK Simpang Rawai, Dewan Sivik Mercang dan SK Pengkalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version