
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Johor merampas kasut yang mana rekaannya mengandungi logo mirip kalimah Allah, petang tadi, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.
Katanya, rampasan dibuat hasil pemeriksaan di premis perniagaan syarikat jenama tempatan itu bersama polis, bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Johor berikutan tular isu membabitkan rekaan kasut tersebut.
“Saya telah mengarahkan pemantauan dan semakan dibuat di pusat-pusat membeli belah di Johor ke atas penjualan kasut tersebut.
“Hasil pemeriksaan, sejumlah pasang kasut telah dirampas bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau juga meminta umat Islam agar bertenang dan menyerahkan siasatan dilakukan pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain juga sebelum…