

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan yang lebih tinggi kepada Johor berbanding hasil yang disumbangkan negeri itu kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun lepas.
Beliau berkata berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion hasil kepada persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan persekutuan menyalurkan semula RM16 bilion kepada Johor melalui pelbagai projek pembangunan, peruntukan pengurusan dan program berkaitan.
“Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, hasil Persekutuan yang dikutip dari Johor bagi 2023 hingga 2025 berjumlah RM14 bilion.
“Berapa kita beri balik melalui pelbagai projek, pengurusan dan pembangunan keseluruhannya? Sejumlah RM16 bilion untuk negeri Johor,” kata beliau ketika…