Difahamkan, pengumuman tersebut adalah sempena pelaksanaan cuti hujung minggu di negeri Johor kembali kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun ini.
Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tetap diteruskan seperti dijadual.
“Untuk 6 Januari ini Johor sememangnya cuti. Itu keputusan diambil kerajaan negeri cuma bagi pelajar SPM mereka akan teruskan peperiksaan kerana tidak mahu ganggu momentum mereka.
“Sementara bagi guru-guru yang bertugas pada hari tersebut, mereka diberi ruang untuk mengambil cuti ganti selepas tamat peperiksaan SPM kelak,” katanya.