Tahukah anda, perjalanan dari Malaysia ke Singapura hanya mengambil masa kurang satu jam jika anda menaiki penerbangan.
Oleh itu, Singapura menjadi destinasi pelancongan yang tepat untuk para pengembara Muslim lawati terutamanya sekitar hujung minggu yang panjang dan cuti sekolah. Singapura menawarkan pelbagai acara santai yang sesuai dengan pengembara Muslim, di samping menawarkan pengalaman baharu dan segar.
Cuba sesuatu yang baru dengan melawat kejiranan menarik lain seperti Changi, Geylang Serai, Dempsey dan Tanjong Pagar, selain dari daerah Bugis dan Kampung Gelam yang merupakan kejiranan wajib dilawati bagi para pengembara Muslim.
Bukan itu sahaja, pengangkutan awam yang disediakan di Singapura juga antara yang terbaik di dunia, jadi perjalanan anda akan lebih mudah dan cepat.