Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain naturalisasi terbaru Indonesia, Jordi Amat mengakui juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim merupakan salah satu pilihan untuk disertainya bagi baki saingan musim 2022 selepas dilepaskan oleh kelab Belgium, K.A.S. Eupen.
Menurut laporan Suara.com, Jordi mengakui beliau sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain dan salah satunya datang dari JDT.
“JDT itu merupakan salah satu pilihan. Saya juga mendapat tawaran untuk menyertai beberapa kelab di Jepun dan juga Sepanyol,” katanya selepas menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Indonesia di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada 31 Mei lalu.

Sandy Walsh dan Jordi Amat
Sebelum ini, bekas pemain Swansea City itu menafikan beliau akan menyertai JDT dimana pemain berusia 30 tahun itu menegaskan mahu menyelesaikan segala proses dokumentasi yang diperlukabn oleh kerajaan tempatan bagi menjadi warganegara Indonesia.