Hot FM

JPJ kembalikan urusan tukar hak milik kenderaan dalam talian, kata Loke


Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata beliau menasihati supaya kerja-kerja penambahbaikan sistem tidak menggangu urusan harian pengguna biasa dan menyebabkan kesesakan besar di pejabat JPJ.
PETALING JAYA:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju mengembalikan perkhidmatan semua urus niaga tukar hak milik kenderaan secara dalam talian yang ditanguhkan sementara bermula hari ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke dalam satu hantaran di Facebook berkata beliau berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkenaan penangguhan sementara perkhidmatan itu seperti yang dilaporkan media.

Katanya, JPJ memaklumkan berkenaan penyalahgunaan dan penipuan yang berlaku dalam sistem pertukaran hak milik yang menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ.

“Justeru, JPJ perlu membuat penambahbaikan sistem dalam talian pada kadar yang segera.

“Namun, saya menasihati supaya memastikan kerja-kerja penambahbaikan sistem tidak menggangu urusan harian pengguna…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version