Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JPJ sita 21 kereta sapu mewah

today12 September 2024

Background


Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli, berkata operasi banteras kereta sapu mewah pertama kali dilaksana dan akan diperluas di pusat pelancongan utama negara. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 21 kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang menjalankan khidmat kereta sapu menerusi Operasi Khas Kenderaan Sapu yang dijalankan di sekitar Lembah Klang pada 2 hingga 6 Sept.

Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli, berkata operasi julung kali itu diadakan bagi membanteras kegiatan ‘ulat teksi sapu mewah’ yang dikesan menjadikan pelancong asing menginap di hotel lima bintang serta kawasan pelancongan di Lembah Klang sebagai sasaran.

“Kami banyak menerima aduan mengenai kegiatan ini dan siasatan mendapati modus operandi ulat teksi sapu mewah ini menggunakan aplikasi khas dan bantuan orang tengah dalam menjayakan misi mengaut keuntungan secara tidak bertanggungjawab.

“Dengan bermodalkan MPV mewah, ada antara mereka mengenakan bayaran tidak masuk akal seperti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post