
Kenderaan mewah milik seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pakar motivasi antara 1,814 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Operasi Khas Kenderaan Mewah (Ops Luxury) di seluruh negara.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Jazmanie Shafawi berkata daripada jumlah itu, 915 kenderaan pelbagai jenama termasuk Porsche dan Lamborghini dikesan dan disita tahun ini, manakala 899 kenderaan disita tahun lepas.
Katanya, semua kenderaan mewah itu disita kerana didapati melakukan kesalahan antaranya gagal memperbaharu Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Beliau berkata sitaan kenderaan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dilakukan pada awal pagi semalam berikutan tiga kesalahan iaitu ketiadaan perlindungan insurans…