
PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memandang serius dan telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang pensyarah Politeknik yang menyentuh isu sensitif ketika menjalankan kuliahnya secara dalam talian, baru-baru ini.
Dalam kenyataan, JPPKK berkata, mereka telah bertindak pantas untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kenyataan yang dibuat pensyarah terbabit.
“Pihak JPPKK memandang serius terhadap insiden sebegini dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba merosakkan nama baik JPPKK sama ada secara langsung atau tidak.
“Selain itu, pihak JPPKK ingin menegaskan bahawa Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan sebuah rangkaian institusi pendidikan tinggi awam yang berfokuskan TVET kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu,…