Menerusi hantaran tersebut, antara garis panduan yang dikongsi oleh JPN adalah ibu bapa tidak boleh meletakkan nama yang tidak memberi makna baik seperti ‘bodoh’, ‘busuk’, ‘harimau’, ‘skibidi’ dan ‘evil’.
Selain itu, nama gelaran seperti Dato’, Tan Sri, Puan Sri dan Haji juga tidak boleh digunakan pada nama anak dalam sijil kelahiran mereka.
Ejaan nama yang mengelirukan seperti ‘chuynx’, ytjt’ dan ‘usyux’ juga sama sekali tidak boleh dinamakan kepada anak kerana ia sukar disebut dan dianggap terlalu fancy.