
PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan mengemas kini maklumat MyKad dari semasa ke semasa bagi memastikan ketepatan data untuk urusan harian.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, setiap individu wajib memaklumkan perubahan maklumat seperti nama dan alamat kediaman bagi tujuan pengemaskinian, sebagaimana tertakluk bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Katanya, sesiapa yang mendapati butiran semasanya tidak betul, maka perlu hadir ke pejabat JPN untuk memaklumkan pindaan maklumat itu.
“Misalnya, pemegang kad pengenalan yang bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang dia akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih, wajib membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan,” katanya kepada FMT.
JPN berkata, pelbagai usaha dijalankan termasuk Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) dan promosi…