Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JPV rampas karkas babi RM246,000

today14 November 2023

Background


Semua rampasan itu yang merupakan kes pertama membabitkan daging babi di Terengganu akan dilupuskan esok. (Gambar JPV)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 9,120kg karkas babi yang tidak disembelih di rumah sembelihan berlesen, di Bandar Permaisuri, Setiu, Khamis lalu.

Pengarahnya Dr Anun Man berkata rampasan itu membabitkan 228 keratan karkas babi dan 29 kotak organ babi dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM246,240 selain dua individu turut ditahan.

“Menurut dua individu yang ditahan iaitu pemandu dan kelindan kontena yang membawa karkas itu, semua daging berkenaan disembelih di rumah sembelihan JPV namun hasil perbandingan pada cop yang ada di karkas dan di rumah sembelihan JPV adalah tidak sepadan,” katanya pada sidang media.

Anun berkata, daging babi itu dipercayai untuk dihantar ke Kuantan, berkemungkinan dibawa dari Thailand berdasarkan pelekat pada kotak berisi organ yang mempunyai tulisan Thai.

Beliau berkata, JPV amat mengambil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post