

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM88.83 bilion antara Januari 2025 dan Jun 2026, dengan potensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata 45% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu bernilai RM40.30 bilion telah direalisasikan, melibatkan projek yang dijangka mencipta 12,796 peluang pekerjaan.
“Dalam hal ini, ia bukan sekadar mempunyai potensi yang besar; cabaran sebenar dan komitmen kedua-dua negara adalah untuk merealisasikan prospek ini bagi menjana hasil yang benar-benar bagus.
“Jadi, sudah tentu kita mahu mengekalkan momentum yang baik ini, dan ia akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara, kepada rakyat, serta kepada komuniti perniagaan,” katanya.
Beliau…