Hot FM

JS-SEZ catat RM88.83 bilion pelaburan diluluskan


Akmal Nasrullah Nasir
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pelaburan yang diluluskan antara Januari 2025 dan Jun 2026 itu berpotensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan. (Gambar Bernama)
SINGAPURA:

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM88.83 bilion antara Januari 2025 dan Jun 2026, dengan potensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata 45% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu bernilai RM40.30 bilion telah direalisasikan, melibatkan projek yang dijangka mencipta 12,796 peluang pekerjaan.

“Dalam hal ini, ia bukan sekadar mempunyai potensi yang besar; cabaran sebenar dan komitmen kedua-dua negara adalah untuk merealisasikan prospek ini bagi menjana hasil yang benar-benar bagus.

“Jadi, sudah tentu kita mahu mengekalkan momentum yang baik ini, dan ia akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara, kepada rakyat, serta kepada komuniti perniagaan,” katanya.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version