Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Jual Alas Kaki Ada Gambar Kaabah & Masjid, Polis Tahan 2 Lelaki Bantu Siasatan

today7 October 2024

Background


Menerusi laporan Berita Harian, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan.

Katanya, pengadu terbabit mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

Difahamkan, lelaki tersebut telah membeli alas kaki itu sebelum membuat laporan polis.

Susulan daripada itu, dua lelaki direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki berkenaan.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membenarkan perintah reman berkenaan dikeluarkan terhadap lelaki yang masing-masing berusia 26 dan 41 tahun itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Pang Ron-Su Yin mahu mara lebih jauh di Artik

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menaruh keyakinan tinggi untuk melangkah sejauh mungkin apabila turun beraksi di Terbuka Artik 2024 akan berlangsung di Vantaa, Finland bermula esok hingga 13 Oktober ini.

today7 October 2024