Site icon Hot FM

Jual ayam melebihi harga kawalan, 5 pembekal di Johor disiasat


Exco negeri Lee Ting Han berkata, pembekal itu disyaki menjual melebihi harga kawalan iaitu RM8.10 sekilogram kepada peruncit.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han meninjau bekalan barangan basah di sebuah pasar raya di Iskandar Puteri, Johor. (Gambar Bernama)

ISKANDAR PUTERI: Lima pembekal ayam di sekitar Tampoi di Johor Bahru disiasat kerana dipercayai menjual ayam kepada peruncit melebihi harga kawalan, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka kertas siasatan termasuk meneliti invois jualan ayam kepada peruncit terlibat.

“Kita kesan perkara ini sejak tiga minggu lepas dan dipercayai ayam tersebut dijual melebihi harga kawalan iaitu RM8.10 sekilogram,” katanya pada sidang media selepas Program Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Peringkat Negeri Johor di Mydin Mall Mutiara Rini.

Turut hadir Pengarah KPDN…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version