Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jual gula 10 sen, kedai serbaneka disiasat KPDN

today28 March 2024

Background


Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perak melakukan pemeriksaan di sebuah kedai serbaneka di Kuala Kangsar. (Gambar KPDN)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengambil tindakan terhadap sebuah kedai serbaneka baru dibuka di Kuala Kangsar kerana menjual gula kasar berharga 10 sen sepeket

Pengarah KPDN Perak, Kamalludin Ismail, berkata sepasukan anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan di kedai itu selepas tular satu iklan di media sosial menawarkan jualan murah untuk barang kawalan berkenaan.

Kedai itu juga didapati menawarkan promosi air tin berkarbonat berharga 99 sen.

“Semakan awal mendapati kedai serbaneka berkenaan tidak membuat permohonan untuk mengadakan jualan murah bagi tempoh jualan melebihi tiga hari sempena pembukaan cawangan baru mereka di bandar ini.

“Ini merupakan satu kesalahan bawah Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 (Pindaan) 2019,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post