
PETALING JAYA: Walaupun tanpa barisan pengurusan profesional, dua beradik pemanah berkuda cilik masih mampu mengharumkan nama negara dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024 yang berlangsung di Perancis Ogos lalu.
Abdurrahman Ahmad Muaz, 14, dan adiknya, Heba Nusaybah, 11, masing-masing berjaya merangkul gelaran juara dan naib juara dalam kejohanan disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara itu antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland dan England.
Menurut ibu mereka, Nurul Fathim Ridayu Ramli, 39, penyertaan kedua-dua anaknya ke pentas antarabangsa itu dibiayai sendiri hanya dengan hasil jualan kuih raya.
Katanya, anaknya mula menabung menjual kuih raya hingga berjaya mengumpul kira-kira RM25,000 sebaik…