
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang pembantu kantin selepas dia didapati bersalah menjual barang kemas yang dicurinya daripada seorang warga emas, November lalu.
Tertuduh, Nazrini Shuhada Abdullah, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.
Tertuduh didakwa memindahkan harta curi iaitu dengan menjual kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Smart Venture Sdn Bhd seutas rantai leher emas seberat 14.72g milik seorang warga emas wanita berusia 81 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah Desa Darul Naim Mukim Gunung, dekat Kota Bharu pada 30 Nov 2021, menurut laporan Harian Metro.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan…