Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida kini telah perkenalkan koleksi sejadah yang dinamakan sebagai ‘Sejadah Doa Makbul. Rekaan sejadah tersebut diinspirasikan daripada kerinduannya terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Mekah.
Menurutnya, ini adalah cara untuk beliau melepaskan kerinduan di Masjidil Haram. Malah, beliau turut teringat detik-detik berdoa di Multazam ketika pergi menunaikan Umrah pada tahun-tahun sebelum ini.
Akan tetapi, nama sejadah tersebut telah mendapat kritikan daripada netizen disebabkan memberi persepsi yang dianggap kurang baik. Malah, netizen turut mendakwa tindakan menggunakan nama ‘doa makbul’ salah satu ‘marketing’ menggunakan agama.
Nama sejadah itu telah mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen dan juga mengelirukan pembeli kerana penggunaan nama yang dianggap tidak bersesuaian boleh mengundang salah faham.
Only in malaysia…