
KUALA LUMPUR: Bazar Aidilfitri seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sememangnya menjadi lubuk rezeki bagi sebilangan peniaga kecil saban tahun, namun Ramadan kali ini, rata-rata mereka mengeluh jualan kurang memberangsangkan berbanding sebelum ini.
Peniaga baju Melayu dan samping, Aziz Muhammad, 43, memberitahu Bernama bahawa jualannya merudum hampir 60% berbanding tahun-tahun sebelum pandemik Covid-19.
Dia mengaitkan penurunan mendadak itu dengan pelbagai faktor antaranya musim perayaan yang jatuh selepas pembukaan penggal baharu persekolahan yang menyebabkan ibu bapa lebih bersederhana dalam berbelanja untuk Aidilfitri, selain kemunculan platform e-dagang seperti TikTok Shop.
“Tidak dinafikan kita berada dalam era penjualan secara dalam talian dan keadaan ini memang memberi kesan kepada peniaga bazar…