
KUALA LUMPUR: Starbucks Malaysia menyaksikan peningkatan dalam jualan dengan masalah boikot dihadapi cawangannya semakin berkurangan, menurut pengasas Berjaya Group Vincent Tan.
Tan menyifatkan perkembangan itu disebabkan pengguna lebih realistik dan sedar ketiadaan sebarang kaitan antara syarikat itu dengan konflik Israel-Palestin.
“Orang ramai menjadi lebih realistik. Kami tidak boleh berbuat apa-apa tentang apa yang Israel lakukan, atau apa yang berlaku di Gaza.
“Orang ramai sedar (Starbucks Malaysia) tidak mencederakan sesiapa. Jika anda memboikot Starbucks, apakah kesannya kepada Israel? Amerika Syarikat (AS) akan menghantar lebih banyak wang kepada mereka,” katanya selepas melancarkan Brahmarpanam Soup Kitchen hari ini.
Melangkah ke hadapan, taikun itu berkata, Starbucks Malaysia akan menumpukan kepada…