
PETALING JAYA: Jualan tiket bas dan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dibuka semula berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau bagaimanapun berkata, kuota tiket dijual bermula hari ini akan dikurangkan daripada kuota sedia ada, iaitu pengurangan 50% daripada kapasiti bas dan penerbangan.
“Penumpang yang telah membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini mengikut kuota ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan…