
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengisytiharkan esok sebagai cuti khas peristiwa, sempena kejayaan gemilang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam kejuaraan lain yang disertai JDT tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani berkata, pemberian cuti khas peristiwa itu juga sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang negeri menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20.
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata, ia merupakan kejayaan pertama Johor sejak temasya sukan dwi tahunan itu mula dianjurkan pada 1986.
Johor unggul dengan 77 pingat emas, jauh melepasi sasaran 55 pingat emas.
Kerajaan negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain…