Hot FM

Juara Sukma dan Liga Super, Johor cuti khas esok



Setiausaha kerajaan negeri berkata, cuti itu ialah penghargaan kerajaan Johor kepada pihak terlibat dan rakyat yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan bertanding mewakili Johor. (Gambar Facebook JDT)

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengisytiharkan esok sebagai cuti khas peristiwa, sempena kejayaan gemilang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam kejuaraan lain yang disertai JDT tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani berkata, pemberian cuti khas peristiwa itu juga sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang negeri menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20.

Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata, ia merupakan kejayaan pertama Johor sejak temasya sukan dwi tahunan itu mula dianjurkan pada 1986.

Johor unggul dengan 77 pingat emas, jauh melepasi sasaran 55 pingat emas.

Kerajaan negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version