Pelakon Juliana Evans atau Che’ Puan Juliana Sophie binti Johari Evans berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan kehamilannya menerusi laman sosial Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi foto yang dikongsi, pelakon berkenaan mendedahkan usia kandungannya kini sudah mencecah 5 bulan.
https://www.instagram.com/p/BvlJIyWlu2D/
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.
Juliana Evans dan suaminya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah mendirikan rumahtangga pada 30 April 2017.