
Prestasi perdagangan Malaysia mencapai tahap tertinggi yang pernah direkodkan bagi Januari sejak 1990, dengan jumlah dagangan mencecah RM272.37 bilion, meningkat 12.6% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata eksport meningkat kepada RM146.87 bilion manakala import kepada RM125.5 bilion, sekali gus menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM21.37 bilion, melonjak 483.9% berbanding Januari 2025.
Produk elektrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport dengan pegangan 48%, susulan peningkatan ketara eksport sebanyak 39.5% kepada RM70.53 bilion.
“Prestasi ini selari dengan peningkatan permintaan global terhadap semikonduktor, didorong oleh kemajuan pesat dalam aplikasi kecerdasan buatan serta kitaran peningkatan teknologi yang…