Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah mangsa banjir 4 negeri kekal, Melaka catat penurunan

today30 December 2021

Background



Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang mencatatkan bacaan di paras amaran iaitu pada ketinggian 3.61m setakat 7 pagi tadi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan masih kekal, manakala di Melaka mencatatkan penurunan pagi ini.

Di Selangor, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa di negeri itu setakat pagi ini masih kekal 2,281 individu daripada 563 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang mencatatkan bacaan di paras amaran iaitu pada ketinggian 3.61m setakat 7 pagi dan kini dalam trend menurun.

Polis Selangor memaklumkan lima jalan di negeri itu masih ditutup setakat 4 pagi tadi untuk laluan kenderaan iaitu melibatkan jalan di Jambatan FT 31 Dengkil-Banting; Jalan Kampung Kalong Tengah, Ulu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

‘Liverpool perlu bangkit’ – Van Dijk

London: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata dia serta rakan sepasukannya perlu ‘cermin diri sendiri dan memperbaiki prestasi’ selepas tewas 0-1 kepada Leicester yang menjejaskan peluang mereka untuk merebut kejuaraan Liga Perdana.

today30 December 2021