Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah mangsa banjir 6 negeri menurun malam ini

today5 December 2024

Background


Pemilik rumah, Ghazali Ismail, melihat persekitaran rumahnya yang musnah akibat banjir di Kampung Baru Nelayan, Tumpat. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Kedah, Terengganu, Johor, Perak dan Melaka terus menunjukkan trend penurunan setakat malam ini, manakala jumlah mangsa di Pahang kekal tidak berubah.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang ditempatkan di 57 pusat pemindahan sementara (PPS), membabitkan 7,958 keluarga berbanding 28,038 orang pada petang tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan jajahan Tumpat kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 14,105 orang di 32 PPS, diikuti Pasir Mas seramai 10,311 orang yang ditempatkan di 25 PPS.

Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan dua sungai utama di negeri itu kekal melepasi paras bahaya, namun dalam trend menurun iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 9.05…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Vicente panggil tiga lagi pemain baharu

Kelana Jaya: Jurulatih Harimau Malaya Pau Marti Vicente membuat sedikit perubahan dalam barisan pemain skuad kebangsaan dengan menggantikan dua pemain kerana mengalami kecederaan dan masalah kesihatan.

today5 December 2024