Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah mangsa banjir catat penurunan

today26 December 2021

Background



Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Selangor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan menunjukkan penurunan manakala jumlah mangsa di Melaka kekal petang ini.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan menunjukkan penurunan manakala jumlah mangsa di Melaka kekal, petang ini.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 33,779 orang masih berada di 210 PPS di lima negeri.

Di Selangor, 15,404 mangsa ditempatkan di 83 PPS setakat petang ini berbanding 16,568 orang mangsa di 86 PPS tengah hari tadi.

Pihak Pengurusan Bencana Daerah Klang memaklumkan Pusat Kawalan Tindakan Kejadian (PTPK) di Taman Sri Muda akan diisytiharkan tutup pada 12 tengah malam ini.

Pengurusan itu memberitahu menurut laporan dari Komander PKTK Taman Sri Muda, operasi menyelamat dan tugasan pengagihan bantuan telah selesai serta tumpuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post