
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan penurunan kepada 25,763 orang setakat 8 malam ini berbanding 28,310 orang pagi tadi.
Laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 19,423 orang yang dipindahkan ke 64 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 17,466 orang di 89 PPS pada 6 pagi.
Menurut laporan itu, 36 PPS dibuka di Pasir Mas yang menempatkan 17,590 mangsa, 19 di Kuala Krai (1,149 mangsa), lima di Tanah Merah (327 mangsa) serta masing-masing dua PPS di Tumpat (239 mangsa) dan Gua Musang (118 mangsa).
Di Terengganu pula, jumlah mangsa mencatatkan penurunan kepada 5,983 orang yang berlindung di 60 PPS berbanding 10,103 orang di 113 PPS pada sebelah pagi dengan daerah terjejas meliputi…
