Keadaan banjir di Selangor dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara ditutup.

KUALA LUMPUR: Hampir 55,000 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan tiga negeri setakat 8 malam ini manakala keadaan banjir di Selangor dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya.
Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 50,596 orang diikuti Pahang (3,014) dan Melaka (595).
Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 15 lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 268 pusat beroperasi di kesemua 10 daerah setakat ini.
Menurut JPBN, Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 19,883 mangsa daripada 5,619 keluarga diikuti Segamat (13,527 orang daripada 3,969 keluarga), Kluang (4,893 orang/1,402 keluarga), Muar (4,235 orang/1,250 keluarga) dan Kota Tinggi (3,209 orang/851…