Hot FM

Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis terus meningkat


Pokok Sena menjadi antara daerah terbaharu di Kedah dilanda bencana banjir sejak beberapa hari lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang melanda beberapa negeri tidak menunjukkan perubahan ketara setakat 8 malam ini dengan jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis merekodkan sedikit peningkatan, manakala mangsa di Selangor, Perak, dan Johor menurun sementara di Melaka kekal.

Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi dengan Pokok Sena menjadi antara daerah terbaharu dilanda bencana tersebut.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata 597 mangsa berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar iaitu SMK Alor Merah, SMK Kepala Batas, SK Taman Aman, SK Titi Gajah, dan SK Haji Idris.

Beliau berkata, bagi Kubang Pasu, 559 mangsa berlindung di enam PPS iaitu SMK Changlun, Dewan PPK Lubuk Batu, SK Malau, SMK Indera Putra, SMK…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version