Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal

today29 November 2023

Background


Sejumlah 31 mangsa di Terengganu kekal berada di dua PPS manakala di Kelantan jumlah mangsa tidak berubah iaitu 438 orang, setakat pagi tadi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Keadaan dan bilangan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan tidak berubah pagi ini.

Di Terengganu, sebanyak 31 mangsa daripada tujuh keluarga kekal berada di dua PPS di dua daerah setakat 8 pagi tadi.

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sejumlah 22 mangsa daripada lima keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di Kuala Terengganu, manakala sembilan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh di Setiu.

Walaupun situasi banjir di negeri itu dilihat hampir pulih, sekretariat jawatankuasa bencana itu mengingatkan orang ramai supaya terus berwaspada kerana hujan masih berterusan di beberapa tempat.

Sementara itu di Kelantan, jumlah mangsa banjir tidak berubah iaitu 438 orang daripada 137 keluarga setakat 7.30 pagi tadi.

Menurut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Farah sertai PBB sebagai duta muhibah

Geneva: Pemenang pingat emas Olimpik empat kali Mo Farah yang dilahirkan di Somalia dan diperdagangkan ke Britain semasa kecil, menyertai agensi migrasi PBB sebagai duta muhibah global yang pertama.

today29 November 2023