Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah mangsa banjir Johor, Pahang menurun

today11 January 2024

Background


Kota Tinggi di Johor adalah daerah paling terjejas dilanda banjir apabila seramai 4,135 penduduk masih berlindung di pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang merekodkan penurunan setakat 8 malam ini apabila angka keseluruhan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Johor masih kekal menjadi negeri paling teruk terjejas apabila seramai 5,022 mangsa masih berlindung di 36 PPS, lapor Bernama.

Batu Pahat mencatat peningkatan jumlah mangsa banjir dengan 87 orang yang berlindung di dua PPS manakala di tiga daerah pula mencatatkan penurunan iaitu Johor Bahru (338 mangsa), Kluang (350) dan Kota Tinggi (4,135).

Di Pontian dan Segamat pula jumlah mangsa kekal masing-masing 17 orang di sebuah PPS dan 95 di tiga PPS.

Sementara itu, keadaan banjir di Pahang semakin baik apabila hanya 780 mangsa ditempatkan di sembilan PPS di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post