Hot FM

Jumlah mangsa banjir meningkat lebih 45,000



Setakat malam ini Kemaman menjadi daerah yang paling teruk terjejas apabila seramai 9,717 mangsa daripada 2,497 keluarga dipindahkan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan malam ini berbanding petang tadi, manakala di Johor menunjukkan sedikit penurunan dan tiada perubahan jumlah mangsa di Perak.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29,717 orang daripada 8,214 keluarga berbanding 19,601 orang daripada 5,699 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kini terdapat 293 pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedang beroperasi di kesemua lapan daerah.

Setakat malam ini Kemaman menjadi daerah yang paling teruk terjejas membabitkan 9,717 mangsa (2,497 keluarga); Hulu Terengganu seramai 6,401 mangsa (1,978 keluarga); Besut 5,492 mangsa (1,506 keluarga); dan Setiu 3,988 mangsa (1,196 keluarga).

Selain itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version