Hot FM

Jumlah mangsa banjir Terengganu, Kelantan menurun



Semua PPS di Hulu Terengganu dan Dungun telah ditutup dan hanya 13 PPS masih beroperasi di empat daerah dengan 430 keluarga, kata JPBN. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan penurunan setakat 8 malam tadi, namun penduduk di pesisir pantai Sabah yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar bertambah.

Di Terengganu, mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) turun kepada 1,628 orang berbanding 3,908 mangsa pada petang tadi dengan Kuala Nerus merekodkan 1,215 orang, Besut (183), Kuala Terengganu (154) dan Marang (76).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan, memaklumkan semua PPS di Hulu Terengganu dan Dungun telah ditutup dan hanya 13 PPS masih beroperasi di empat daerah yang menempatkan 430 keluarga.

Di Kelantan, 5,073 mangsa banjir daripada 1,692 keluarga masih berlindung di 19 PPS di Pasir Mas dan Tumpat malam ini, berkurangan berbanding…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version