
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri yang berlindung di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi terus menunjukkan trend penurunan kepada 16,919 orang berbanding 20,036 orang di 82 PPS petang tadi.
Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), mangsa banjir di Pahang yang berlindung di enam PPS di daerah Bera, Maran dan Temerloh berkurangan kepada 120 orang berbanding 214 orang pada sebelah petang.
Selain itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka ekoran kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands masih kekal 87 orang daripada 17 keluarga.
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk terjejas banjir namun mencatatkan perkembangan positif dengan mangsa yang ditempatkan di 42 PPS di empat daerah berkurangan kepada 15,882 orang berbanding 17,950 orang di 46…