Hot FM

Jumlah mangsa banjir turun kepada 99,823 orang


Jumlah mangsa banjir di PPS turun kepada 99,823 orang malam tadi, dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 62,507 orang. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 99,823 orang malam tadi berbanding 112,455 sebelum itu, dengan Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.

Namun, situasi banjir di tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Johor mencatatkan peningkatan jumlah mangsa manakala di Negeri Sembilan kesemua PPS ditutup sepenuhnya.

Angka kematian akibat banjir pula meningkat kepada tujuh orang selepas seorang lelaki yang dilaporkan hilang setelah motosikal ditunggang dihanyutkan arus sebelum ditemukan lemas di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu.

Di Kelantan, jumlah mangsa terus mencatat penurunan kepada 62,507 orang membabitkan 19,482 keluarga yang ditempatkan di 169 PPS berbanding 71,004 orang petang tadi.

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version