Menteri undang-undang dan reformasi institusi itu berkata, kerajaan aktif menangani kesan kenaikan kos sara hidup ke atas kumpulan berpendapatan rendah.

KUALA LUMPUR: Jumlah keluarga miskin tegar di Kuala Lumpur berkurangan sebanyak 44% tahun lalu.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen terhadap soalan Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said mendapati terdapat 2,713 keluarga miskin tegar di Kuala Lumpur pada 2022 berbanding 3,865 isi rumah pada 2021.
Katanya, jumlah keluarga miskin di ibu kota turut berkurangan 15% daripada 4,545 pada 2021 kepada 3,874 tahun lalu.
Sebuah keluarga dianggap miskin dan miskin tegar jika pendapatan bulanan masing-masing di bawah RM2,208 serta RM1,169.
Johari bertanya mengenai jumlah keluarga dikategorikan miskin dan miskin tegar di Kuala Lumpur dari 2018,…