Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah penganggur menurun kepada 567,800 pada Disember

today9 February 2024

Background


Bilangan tenaga buruh kekal meningkat pada Disember 2023 kepada 17.03 juta orang daripada 17 juta orang sebulan sebelum itu.

PUTRAJAYA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember daripada 569,000 orang pada November 2023, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Disember, dan Suku Tahun Keempat 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata ia mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial.

β€œBilangan tenaga buruh kekal meningkat pada Disember 2023, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.03 juta orang daripada 17 juta orang pada November, merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi iaitu pada 70.2 peratus (November 2023: 70.1 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bilangan penduduk bekerja pada Disember meningkat sebanyak 0.2 peratus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post