Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumpa di mahkamah, Sanusi beritahu Anwar

today14 December 2022

Background



Sanusi Md Nor yang disaman fitnah oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata beliau bercakap mengenai sejarah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor berkata, beliau bercakap mengenai sejarah susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkaitan “berperwatakan tidak bermoral”.

Beliau turut mengulangi kesediaannya berdepan Anwar di mahkamah.

“Jumpa di mahkamah…kita kisahkan tentang sejarah,” katanya di Facebook malam tadi yang disertakan beberapa gambar dokumen peguamnya.

Beliau berkata demikian selepas Anwar memfailkan saman fitnah dan menuntut ganti rugi kerana merosakkan reputasinya disebabkan dakwaan itu.

Sanusi didakwa membuat kenyataan itu dalam sebuah ceramah menjelang pilihan raya umum ke-15. Video ucapan itu kemudiannya disiarkan di Facebook.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Sanusi membayangkan beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, penipu, pengkhianat, munafik dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post