Pelakon dan model popular, Daiyan Trisha atau nama sebenar, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menghadiri satu jemputan yang dianjurkan oleh produk jenama terkenal, Gucci di Korea Selatan, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, pelakon Projek High Council itu banyak memuat naik gambar dan video berjumpa dengan ramai selebriti terkenal seluruh negara.
View this post on Instagram
A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)
Video di Instagram Story yang dimuat naik olehnya meraih respons warganet kerana Daiyan kelihatan tidak dapat kawal perasaan teruja selepas berjumpa dan bersalaman bersama artis terkemuka di Korea Selatan iaitu IU dan Shin Min Ah.
Daiyan Trisha’s reaction after meeting IU!! 😹
“and no guys, I wasn’t ‘calm’. hereby attached a video after I met IU” pic.twitter.com/tmeAC5txB7
— 🍧 (@chatshirelore) May 17, 2023
Rata-rata warganet teruja dan mengatakan Daiyan sangat beruntung kerana dapat berjumpa dengan artis terkemuka Korea Selatan.
“She is living our best life. Proud of you Daiyan. Untunglah IU, Shin Min Ah dengan Park Yeon Jin, dapat jumpa Daiyan.
“You met IU on her birthday day! What a lucky day. Wahh Daiyan with IU and Shin Min Ah. Bestnya, girl crush,” ujar netizen.