
PETALING JAYA: Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap seorang pegawai kanannya yang ditahan semalam selepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram sekitar ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, yang mengesahkan penahanan itu berkata sebarang tindakan akan diambil pihaknya bergantung hasil siasatan SPRM nanti.
“Kita serah kepada SPRM jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, selepas itu baru kita akan lihat tindakan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.
Allaudeen turut menegaskan, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.
Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kanan bertugas di IPK Kuala Lumpur ditahan SPRM…