
PETALING JAYA: Bersatu tidak mempunyai syak wasangka terhadap PAS susulan perbincangan tidak formal wakilnya dengan pemimpin Umno yang dikatakan mahu menjalinkan kerjasama PRU16, malah menyambut baik demi permuafakatan parti Melayu.
Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mendakwa orang Melayu semakin berpecah dan gabungan partinya bersama PAS serta Umno diperlukan untuk mengukuhkan sokongan komuniti berkenaan pada pilihan raya akan datang.
“Tiada masalah.. kena berpakat untuk memerintah sebab Melayu dah banyak berpecah dan kita tiada masalah serta terbuka (kerjasama parti Melayu menjelang PRU16).
“Tak salah bincang dengan parti Melayu termasuk Umno, jadi kita tiada syak wasangka terhadapnya,” katanya kepada FMT.
Semalam, sebuah media memetik kenyataan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa berlaku beberapa siri pertemuan PAS bersama pemimpin Umno…