
Jurang antara negeri kaya dan miskin semakin meluas dari semasa ke semasa, membawa implikasi politik dan sosial kepada negara, kata seorang ahli ekonomi Bank Dunia.
Deisigan Shammugam berkata, pendapatan isi rumah dan perniagaan di Kuala Lumpur adalah kira-kira lapan kali ganda berbanding Kelantan, menyifatkan jurang ini sebagai ‘besar’.
Tambahnya, pendapatan isi rumah dan perniagaan di Kuala Lumpur boleh disamakan dengan Portugal, manakala pendapatan di Kelantan pula setaraf dengan Sri Lanka.
Jurang antara negeri kaya dan miskin di Malaysia juga lebih besar berbanding negara-negara lain di seluruh dunia, katanya.
“Jurang ini memberi kesan limpahan kepada isu politik dan sosial. Bukan sesuatu yang pelik jika negeri-negeri (miskin) ini meminta lebih banyak autonomi,…