Hot FM

Jurujual beri maklumat palsu jumpa bayi dipenjara sehari, denda RM2,000


Jurujual, Muhammad Shahril Muhamad Radzuan, 24, dipenjara sehari dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit Buntar kerana memberi maklumat palsu tentang penemuan bayi perempuan yang baharu lahir, dua minggu lepas.

PARIT BUNTAR: Seorang jurujual dipenjara sehari dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat palsu tentang penemuan bayi perempuan yang baharu lahir, dua minggu lepas.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi turut menetapkan hukuman penjara 14 hari terhadap Muhammad Shahril Muhamad Radzuan, 24, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa memberi keterangan palsu tentang penemuan seorang bayi di kaunter aduan Balai Polis Bagan Serai dalam daerah Kerian pada 5.48 petang, 14 Ogos lepas mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal, namun peguam Muhammad Faizol Hashim yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version